Html Free Code

Saturday 9 April 2011

adakah dia jodoh kita?

Gunakan seluruh pancaindera. Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah?


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.."

Thursday 31 March 2011

Antara tanda2 seorang lelaki jatuh cinta pada seorang wanita


Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian
kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Love 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
Love 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Love 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Love 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Love 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Love 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa
dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn
sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia
akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun
dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Love 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang
yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun
nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku )

Love 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada
kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya
belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Love 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.


HARGAILAH KAMI LELAKI YANG MENCINTAI DIRIMU YANG BERGELAR WANNITA!!!.




*sekadar berkongsi rasa,x semstinya betul..
*copy dari bl0g mana ntah,tp best!!

Monday 14 March 2011

..............INDAHNYA BILA KITA PUNYA DIA..............


Pernah tak kita terfikir.........
ingin benda yang terbaik......
terbaik dari orang laen.....
sesuatu yang boleh dibanggakn....
benda yang boleh dimegahkn....
benda yang agung.....
pernah tak kita terfikir.....
ingin aku bawakn suatu cerita....
agar kita sama-sama berfikir........

Aku teringat kisah itu, disaat aku dicintai seseorang. Dia cantik, dia lawa, dia terbaikkk..... Aku bangga punyai dia, aku semakin lama semakin ditebali dengan rasa bingkak wal riak, sapa boleh menandingi awek aku. Setiap kali bertemu kawan-kawanku, aku sering bertanya, "mana awek ko, nape x datang, tak kn malu dgn awek aku yang lawa gile ni kot deee...." Bongkak. tidak dinafikn aku punya duit beribu, tak dinafikn aku suka 'berjoli' dengan kekasihku itu. bukan RM50, bukan RM100, dan jugak bukan RM200 yang aku habiskn bersamanya dalam satu hari. Tetapi hanpir ribuan ringgit sehari. Tiba saat yang aku sendiri tidak tentu benarkah ini telah terjadi. Dia memilih orang lain menjadi kekasih hati. Pada saat itu hanya tuhan yang tahu betapa hati perlukan dia. Dalam mengharungi saat aku kehilangannya.Kini aku dicaci, dihina dan di maki, atas perbuatanku dulu, tiada yang ingin membantuku, tiada yang memperdulukanku.kini bru aku sedar. Dia pergi meninggalkan aku tetapi 'DIA' tetap berada disisiku selamanya............................................

kisah benar,

Friday 31 December 2010

cinta dan kehidupan............



Pernah aku cuba membuang perasaan ini.......
tetapi aku tidak berjaya........
mungkin kerana sayang......
aku membiarkn cinta itu berputik.......
Apakah itu salahku membiarkn cinta ini berputik.......
sehingga aku terlupa cinta yang pernah wujud dulu sebelum dia..........
cinta....
aku perlukn bantuan kamu si pembaca........
cinta....
perlukah mati dengan tiadanya cinta.....
cinta....
perlukan berduka dengan hilangnya cinta....
ingatlah wahai manusia.....
engkau punyai cinta tuhan......
sebelum cinta manusia.....
mengapa kau lupa akan cintanya kepada kita......
tidak dinafi kadangkala hati ini buta....
kita lupa akan cintanya.....
eemmmmmm.......

aku cinta padamu.....

......ohh tuhan......